Di saat aku mencintaimu....

Lirik lagu di saat ku mencintaimu... Best layan lagu ni... =)

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Time to merapu lagi....

Assalamualaikum....

Apa khabar semua.  Hari ni aku nak mengarut lagi dalam blog ni.  Aku memang tak pernah ade topik nak diperkatekan, idea tak dapat.  memang tak pandai pun nak berceloteh sebenarnye. 

Hmmmm....sedar tak sedar sekarang dah masuk bulan november, dah nak habis dah tahun 2011 ni.  Sekejap je dah berlalu sepuluh bulan.  tersa macam tak sempat nak buat macam2 tahun ni.  banyak lagi target2 tahun baru kita tak tercapai, dah nak masuk tahun baru.  sangat cepat masa berlalu. 

Betul la orang kate, mase tak akan menunggu kita.  Kite kene berlari mengejar masa supaya kita tak ketinggalan.  Sebab bila kita dah ketinggalan ke belakang, susah untuk kita catch up semula.

Jadi kita perlulah sedar kan diri kita.  Jangan asyik nk main je. sedar la kita semakin jauh ketinggalan.......

"Demi Masa, sesungguhnya manuasia kerugian......"

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum semua....

Belum terlambat kan aku nk ucapkan Selamat Hari Raya kat semua.  
Maaf Zahir Batin. 
Semoga kita dapat berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan dan juga Syawal tahun depan.

Sekian saje untuk hari ni.... :-)
Assalamualaikum....

 Hari ni ku nak tambah lagi koleksi gambar aku.. Last weekend aku balik kampung aku kat Keratong Pahang.  
Ade mase terluang sebelum masuk waktu berbuka tu, aku main aku punye camera, ambek gambar anak buah aku.  Seronok plak dia gambar dia di ambek.  

Ni la hasil nye... sila la luangkan mase utk tgk n kalau tak keberatan tinggalkan la sedikit komen... =)
 










Location : 499, Felda keratong 4
Model    : Irfan (anak buah aku)
Photographer : Azsh

Aku Bukan Jin....

Assalamualaikum......

Hari ini aku nk berkongsi satu cerita dengna korang semua.  Cerita ni aku dapat dari email yg kawan aku forward kat aku.  Then aku aku cari balik sumber asal dia, cerita ni dari satu blog Darul Manzil (aku sertakan link blog tu sekali).  Korang baca lah untuk menambah kan pegetahuan tentang makhluk ciptaan Allah ni. Ni Bukan cerita aku, sekadar nak berkongsi.


Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"

Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "

Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".

Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"

Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."

Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"

Pesakit: "Agama Monoteisme"

Saya: "Agama apa tu..?"

Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"

*Terkena jugak RIDAM.. :(

Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"

Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."

Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."

Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."

Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"

Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."

Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"

Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."

Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"

Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."

Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"

Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"

Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"

Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."

Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'

Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"

Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."

Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"

Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."

Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."

Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"

Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"

Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"

Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"

Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"

Saya: "A'ah...kenapa?"

Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."

Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."

Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."

Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"

Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."

Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."

Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."

Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"

Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"

Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."

Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"

Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

---------

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

----------

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..

-----------

'...Fakul innamal ghaibulillah.'.
Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)

----------------
Saya ada membuat sedikit kajian selepas peristiwa ini dan menjumpai ayat ini dalam Al-Quran:
1)Al Ankabuut - Ayat 19
'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'

2)Al An'am - Ayat 6
'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, danKami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'

3)Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

*Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya.Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu?


-----------------

1)Pembaca sekalian..saya hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah saya alami sepanjang pengalaman saya dalam perubatan alternatif ini..

2)
Saya juga bukan lah pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai berbahasa Arab. Ayat Al-Quran yang saya pamerkan ini hanyalah pada pemahaman sendiri. Jika salah pemahaman saya dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka saya memohon jutaan maaf dan ampun di atas pemikiran saya tersebut.

3)Pendapat saya, anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada manusia. Kita sudah mungkin menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya kita bermunasabah dan tidak leka mengingati Allah..

Sekian..



Macam-Macam...di Bulan Puasa

Assalamualaikum.....

Hari ni dah masuk hari ke-10 kite puasa untuk tahun ni.  Kejap je kan pejam celik pejam celik dah 10 hari dah kita puasa.  Macamana ngn puasa tahun ni, masih penuh lagi kah?  aku, alhamdulillah masih penuh lagi, cume terawih tu baru dapat buat 3 malam je...Hmm lemah betul aku ni. (mesti improve ni)...

Nak cerita sikit la, ape yg dah jadi bulan puasa ni.  Sabtu lepas aku dapat berbuka puasa ngan mak dan bapak aku kt keratong. Aku balik kampung dengan kakak dan adik aku.  Plan nye mula-mula nak berbuka ramai-ramai satu family, tapi ade yang tak dapat balik sebab ada hal masing-masing. Jadi kami hanya berbuka puasa dengan yang mane dapat balik je la.  Aku, kakak aku sorang, adik aku dua org.  So tak berapa meriah sgt la, sedih gak tak dapat kumpul semua ahli keluarga.  Tak pe la, lain kali la .... =)

Balik keratong ari tu, aku tumpang adik aku ngn husband dia.  Pastu balik sini aku bawak balik kete bapak aku, sebab kaka aku nk pinjam, pastu bapak aku suruh betulkan bumper kete dia.  Dia langgar akar kayu kat tepi kebun dia, so bumper tu terkopak, dia suh aku betul kn sekali la.  Hmm tak tahu la bape kene nanti. Sok baru nak pegi buat.

Lagi satu cerita, aku dapat berita baik minggu lepas, aku di panggil interview keje MAS.  11hb aku interview, nerves gak nk kene interview ni. Aku ni tak banyak pengalaman pergi interview ni. Seumur hidup aku, dua kali je aku pergi interview.  First dgn MAS mase final semester beljar dulu, pastu interview kat tmpat kerja sekarang ni.  Hmm, cmane la interview esok ni.  Mintak-mintak la di permudahkan interview aku esok ni.  Bulan ramadhan ni bulan berkat.  Korang semua doakan la aku ye.  AMINNNN!!!!


Cukup dulu untuk hari ni...insyaAllah lain hari aku membebl lagi kat sini...

Wassalam....

Kisah Aku dan Camera...

Canon EOS 500D




Aku nak perkenalkan camera aku.  Aku beli DSLR ni dalam bulan 5 ari tu.  Mula2 aku igt nak beli Canon EOS 550D, aku pun usha2 la kat kedai Fotokem kat Alamanda Putrajaya.  Kebetulan ada camera fair mase tu.  Aku pun g usha-usha kat booth canon ni, aku belek-belek yg diorg display tu. Aku pun tanye kat promoter yang ade kat situ, yang mane bagus.  Pastu dia tunjuk la kat aku yang ni, sebab mase tu diorg wat promotion body ngn lens 18 - 200 ni diorg bagi RM 2999.  Dia cakap la berbaloi beli yang ni sebab lens lebih baik dari kit lens yg 18 - 55 tu.  aku pun termakan la ngn ape yg dia ckp, aku g draw duit yg aku dah simpan tu, then aku beli.  Perghhhh abes duit aku, tapi tak pe aku puas ati dapat barang kan, walau pun tak bape nak pandai sgt pun nak pakai. hahaha..

Mase nak bayar tu aku pun belek2 la dulu camera yg aku dah beli try snap sekali nk tgk ok ke tak.  So ni my first snap pakai camera ni.

Budak kat Alamanda
Ntah sape la budak ni, aku main ambek je gambar dia, ni aku gune mode auto je dgn camera tu, so aku tgk, cantik jugak la gambar dia.  Aku agak puas ati ngn cam camera ni walaupun model yg dah agak lame. 

Ni beberape gambar terawal aku ambek mase baru beli camera ni.  Tak berapa cantik pun, skill and kreativiti belum cukup.

Betik

My Mother

Ni fridge magnetic kat rumah kakak aku
Ni la permulaan aku dalam dunia photography ni.  Tak tau la aku, sampai kemane aku boleh pergi.  Kita tunggu dan lihat progress aku. 

Sekian,

Ragam menyambut puasa.

Sempena nak menyambut bulan puasa ni, aku nak bercerita tentang ragam-ragam org nak menyambut puasa ni.  Ni pandangan aku sendiri, mungkin ade yg betul ade yang salah.

Ragam Satu.
Alamak!!! dah nak masuk puasa dah, alaaaa puasa lepas tak habis ganti lagi ni, dah nk puase lagi.  Sempat ke ni nak ganti abes ni.  alamatnye kene double la ganti puase tahun depan ni.  - ni biase jadi pada kaum pompuan yg "rajin" nak ganti puase awal-awal.  last minit baru la sibuk nk ganti puase yg tinggal tahun lepas.  Moral nye, ganti la puase cepat-cepat.

Ragam Dua
Wah....esok dah nak pose dah la..tak boleh jadi ni,kene makan banyak-banyak ni.  Tengahari nanti nak makan puas-puas la.  nanti bulan puase tak leh makan tghari dah.  So nak enjoy makan tengahari ni betul-betul, nak makan macam-macam.  - ni jenis org yang ingat makan je, ingat bulan pose nanti tak leh mkn langsung kot sampai sebulan.  so nak makan banyak-banyak buat stok dalam perot kot...

Ragam Tiga
Minggu depan dah puase dah, nanti time bulan pose mesti banyak bazar bukak kan.  Wah senang la aku nak cari makan nanti.  Mesti macam aku boleh cari untuk buat bukak puase.  tak yah la aku nak masak lagi dah.  Aku nak cari......itu lah ini lah (macam2 dia nak cari kat bazar ramadhan tu nanti, macam2 jenis makanan lah ade jual kat bazar tu) - yang ni pun jenis orang yang ingat makan je. Memang biase bulan Ramadhan je macam-macam makanan kita boleh jumpe kat bazar tu kan, kadang2 benda tu kita boleh dapat kat bazar ramadhan je.  Special betul bulan puase ni kan..

Ragam Empat.
Dah nak puase dah!!! ala tak best nyer nak puase dah, tak boleh makan tengahari dah.  Hmm aku mane boleh tahan kalau tak makan tengahari ni, lembik la kau nanti. Camne nak keje nanti.  Tak boleh jadi ni, kene cari port2 kedai makan untuk aku makan tghari ni.  port biase tahun lepas dah tak selamat dah.  Susah2 sangat makan kat umah je la masak sendiri. haha!!! - ni jenis orang yg kecik2 dulu tak nak belaja puase, samapai besar pun tak pandai2 nak puase lagi.  tak tau la ape nak jadi dengan orang2 jenis ni.  cepat2 la insaf weh, dah tak lame dah ajal kita akan sampai. Bertaubat lah.

Ragam Lima
Dah nak puase ni, dah kene start wat marketing kuih raye ni.  Baru la boleh jual banyak kuh raya nanti.  Banyak untuk meriah sket raye aku nanti. huhu... ade juga yg cakap..dah kene plan nak jual ape kat bazar ramadhan ni nanti, aku kene pikirkan satu benda yg orang semua akan cari, ape dia eh yg special sket nak jual nanti..kalau lain dari yang lain, baru la orang exited nak beli... - Ni jenis business minded punye orang.  Pikir nak cari duit je, guna peluang yang ade nak cari duit.  bagus jugak org mcam ni.  kalau tak tak de orang la pulak nk jual ape yang kita nak nanti.

Ragam Enam.
Alhadulillah, sok dah nak masuk bulan ramadhan.  Sempat lagi aku jumpe bulan puase lagi tahun ni.  Aku berazan tak puase cukup senourna, nak cube abeskan 30 juz Quran la tahun ni.  Dha banyak kalai aku cube tapi tak sempat.  Tahun ni mesti abeskan punye.  Pastu seronoknye dapat buat Tarawikh. insyaAllah nak perbanyakkn awl kepada Allah - ni la golongan yg bagus, tak pikir pasal makanan langsung, asyik pikir tentang kelebihan2 yg hanya ade pada bulan ramadhan sahaja.  Usaha untuk perbanyakkan amal dan menambah pahala.

Mungkin banyak lagi ragam orang bila nak tibanye bulan puase ni. Tak kurang juga ade yang dah arrange utk iftar ramai2 gak. Rase2 kita ni, ape la ragam kita bila nak masuk bulan Ramadhan ni.Ape2 ragam pun, hope kita boleh buat yang terbaik bila menghadapi bulan Ramadhan nanti.

Hope korang enjoy bace ape yang aku bebelkan ni.  =).

=)

General Topic

Selamat membaca, semoga mendapat sedikit manafaat dengan ape yg saya cuba sampaikan.

Night Shot...

Satu hari aku terbace satu iklan kat dalam majalah photgraphy, ade competition utk night photography, konon-konon aku nak try la join competition tu.  Satu malam tu aku keluar la ke putrajaya bertemankan girlfren aku.
Jambatan Putrajaya

Ni satu dari hasil outing aku mlm tu.. ni first shot aku kat jambatan ni. Tapi aku rase tak de nye aku boleh menang comapetition tu dgn gamabr ni kan.aku batalkan niat aku utk join competition tu...jadi aku simpan je la gambar ni utk collection peribadi aku... =)

Kat bawah ade beberapa hasil gambar yg aku dpt ambek utk night photography aku..aku rase mcm cantik kan...tapi tak tau la org lain punye pandangan...


Istana Putrajaya...

 Gambar ni takde subject pun, aku just nak try long exposure dgn camera aku...mcm ni lah hasil nye...ok tak..hehe.baru nak belajar..tapi tak pandai2 lagi...

Kat Tasik Bangi..

Ade bayk lagi gambar2 malam yang aku cube ambik...tapi tak de yang menarik sgt pun...ni je yg aku mampu..huhuhuuu

Shafareekha.....

Ni aku punye model malam tu.. control ayu gitu...=P

Bunga lagi....

Beberapa lagi gambar bunga yg aku ambek...semua bunga ni aku tak tau ape name dia...aku main snap je gambar diorang tanpa bekenalan dahulu...


Pink Rose


Ni aku rase bunga rose yg berwarna pink. Ni aku jumpe kat taman perumahan kakak aku kat Tanjung Malim, Kota Malim Prima, ade kat tepi taman permainan...


Bunga putih yg bawah tu plak macam bilah kipas je...Name dia aku bagi bunga kipas putih...(hehe, main hentam je)...name scientifik dia aku belum sempat nak kaji pulak..
.........
Ini bunga aku ambek kat Taman Seribu Bunga Melaka...sampai2 je kat taman ni aku terus nampak bunga ni kat pintu masuk dia, so aku pun terus ambek gambar...tak bape cantik pun, photographer baru nk belaja.
Ni Bunga ape plak, aku tak sempat nak berkenalan pulak...hehe...ambek je gambar dia pastu bawak bali...bawak balik gambar je la, nak bawak balik bunga tak boleh la.

My Photo Collection

Ni aku punya photo collection...sila click link untuk tinjau-tinjau aku punye photo collection

0) Kisah Aku dan Camera

Bunga..........

Bunga..
Sabtu lepas aku ke Tanjung Malim, rumah kakak aku, nak tengok baby dia baru lahir. Aku jumpe bunga ni kat area perumahan dia, dari jauh aku nampak macam bunga raya, aku dtg dekat2, rupanya bukan, aku pun tak tau bunga apa ni. Aku pun shoot la beberapa keping.

Baru belajar seni photography ni, so aku nk try la snap gambar bunga, nak buat macro shoot la konon.  Ni la hasil yang aku rase agak cantik pada mata aku, maklum la, baru belaja, mesti la tak perfect kn.

Selamat menyambut Ramadhan Al mubarak

Beberapa hari lagi, ramadhan akan tiba lagi.  Sekali lagi kite seluruh umat Islam akan berpuasa selama sebulan.  Bermacam-macam ragam orang yang kita dapat lihat cara mereka menyambut ramadhan. Ada yang gembira menyambut ramdhan kerana mereka ingin mendapatkan bermacam2 kelebihan yg hanya ade pada bulan ramadhan. Mereka akn banyak menghabiskan masa di bulan Ramadhan ini dgn membuat amal ibadat.  Membca quran satu juzuk sehari, solat terawih setiap mlm, sembahyang mlm, bersedekah dan bermacam-macam amal ibadat lagi yg mereka akan buat.  Kerana di bulan ramadhan ini, phala dari aml mereka akn berlipat kali ganda berbanding di bulan2 biasa.

Tidak kurang juga, ada yg gembira kerana akan ada bermacam-macam makanan yg akan di jual di bazar2 ramadhan. Kadang2 ade makannan yang hanya terdapat pada bulan ramadhan sahaja. ramai yang seronok berbelanja di bazar ramadhan, bermacam-macam juadah yg mereka beli. Samapai ade yg tak termakn pun makanan yg di beli. Kerana terlalu ikutkan nafsu, kite membazir.  Kita sudah gagal dgn dugaan yg di berikan dan kalah pada godaan nafsu kita snd.

Ade juga yg seronok utk membuat persiapan hari raya. Beli baju baru, barang rumah baru, langsir baru, dan macam2 lagi yg baru utk mencantikkn rumah. Tidak salah utk mencantik kan rumah, tapi jgn lah sampai membazir.  kalu barg2 tu masih elok, tak perlu la di tukar.  lebih elok kita sambut dgn ala kadar sahaja, tak perlu la berlebih-lebihan.

Bermacam-macam ragam manusia nak sambut ramadhan. Kita perlulah ikut yg mane baik, yg mane tak baik tu kita jauhkn...

Selamat menyambut Ramadhan kepada seluruh umat islam..
Wassalam...